ASSALAMUALAIKUM Pictures, Images and Photos
Innal7hamda lillah na7hmaduhu w nasta3eenuhu w nastaghfiruh, w na3uudzu billahi min syuroori anfusina w min sayyi2aati a3maalina, man-yahdihillaahu fa laa mudhillalah, w man-yudhlil fa laa haadia lah, asyhadu an-laa ilaaha illallahu wa7dahu laa syareeka lah w asyhadu anna mu7hammadan 3abduhu w rasooluh, amma ba3d.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,Segala puji bagi ALLAH, kami memuji-Nya & kami memohon pertolongan drp-Nya & kami memohon keampunan drp-Nya.

Dan kami berlindung kpd Allah drp keburukan diri kami n dari keburukan perbuatan kami.Sesiapa yg diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya,n siapa yg disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya.Aku bersaksi bahawa tiada ILAH selain ALLAH yg Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya.

Saturday, August 29, 2009

~Saya Rasa....~

"bulan ramadhan, bulan yang berkat,
bulan rahmat dan bulan maghfirah,
pahala digandakan, doa diterima,
bulan lailatul qadar yang istimewa..."

macam pernah dengar je lirik ni kan...??
mungkin ada kelencongan lirik sedikit tapi lebih kurang je la...
cuma yang sy nk tekankan di sini, bukanlah betul atau salahnya tatabahasa lirik ni..
tapi..mesej(nasihat) yang terkandung dalam lagu ini...
semakin kita menghayati tiap-tiap bait seni kata irama yang berkaitan ramadhan, pernah tak kita terasa betapa indahnya bulan ini...??(ade x?)
siangnya ditemani kesabaran...dan malamnya dihiasi tahajjud kepada-Nya..
bulan tarbiah buat hati yang parah...
bulan barakah buat hati yang tabah..
tabah dalam memikul amanah..
tabah dalam mencapai maghfirah...

alangkah beruntungnya orang-orang yang memegang bulan ini dengan ibadah...
tidak membiarkan barang sedetik masa itu berlalu tanpa disisipkan dengan mengingati-Nya...

begitulah yang sy rasa setiap kali menjelang ramadhan..
namun, fitrahnya manusia seringkali diperangi nafsu dan seringkali itulah kita tersungkur...
apabila ia ada kita tak mengendahkannya, bila ia berlalu barulah kita memikirkannya..
mungkin kita boleh sama2 bertekad untuk jadikan ramdhan ini..ramadhan yang terbaik dari ramadhan2 sebelumnya...insyaAllah...


*coretan keheningan sahur...

Sunday, August 23, 2009

DIMANAKAH ANDA????

Ibadat puasa adalah salah satu kewajipan yang perlu dijalankan oleh setiap umat yang mengaku bahawa "tiada tuhan yang layak disembah melainkanAllah".

"Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata ‘kami telah beriman’ tanpa mereka diuji:..Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (Al-Ankabut;2&3).

Maka, berdasarkan firman Allah ini dapat kita simpulkan bahawa puasa itu juga adalah salah satu mehnah yang Allah sediakan buat umatNya, kerana semakin mereka diuji semakin indah jalan untuk mereka menuju kepadaNya..Begitu juga dengan ujian dalam bulan penuh barakah ini..adakah manusia itu sudah dikatakan mencapai tahap dalam memperolehi "khairan kasero" andai diri masih belum mengetahui di manakah tahap puasanya berada??

Terdapat 3 tahap untuk seseorang mukmin itu apabila ia berpuasa:
1. Puasa Awam:
Seseorang mukmin itu berpuasa dan meninggalkan perkara yang membatalkan puasa, namun malangnya ia tidak mampu untuk menjaga hati dan pancainderanya dari melakukan maksiat.
2. Puasa Khusus:
Seseorang mukmin itu berpuasa, meninggalkan perkara yang membatalkan puasa dan meninggalkan amalan yang boleh merosakkan puasanya.
3. Puasa Khususus Khusus:
Seseorang mukmin itu berpuasa, meninggalkan perkara yang membatalkan puasa, meninggalkan amalan yang boleh merosakkan puasanya dan menjaga hubungannya dengan Allah. Puasanya itu adalah seperti puasanya para nabi.

Maka, dimanakah anda berada??
Biarpun tahap2 ini sering kita gunakan untuk muhasabah kembali ibadat puasa yang telah kita jalankan, namun manfaatnya bukan sekadar pada akhir ramadhan. Tetapi jadikan muhasabah ini, dilakukan setiap hari sepanjang bulan ramadhan kerana "manusia yang baik adalah manusia yang amalnya pada hari ini adalah lebih baik dari semalam"
Oleh itu rebutlah kenikmatan ini sebelum ia pergi meninggalkan kita....
wallahualam

Sunday, August 16, 2009

~**KEPERIBADIAN AHLI HADITH**~

Imam Al-Syafie

Nama lengkap Imam al-Syafie adalah Abdullah Muhammad ibn Idris al-Shafi'e. Lahir di Ghazzah, Palestin pada tahun 150H/767M dan wafat pada tahun 204H/820M. Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga yang miskin.

Bapanya wafat ketika Imam al-Shafi'e berumur dua tahun dan ketika berusia sembilan tahun beliau berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Karya imam ulung ini antara lain: al-Risalah, al-Qiyas dan Ikhtilaf al-Hadith. (al-Shurbasi, Ahmad, 1991, al-A'immah al-arba'ah)

Imam al-Syafie selalu menjadikan al-Quran dan hadis nabi sebagai landasan dan sumber hukumnya. Dalam hal ini beliau berkata, "Jika kalian mendapati sunnah nabi, maka ikutilah dan janganlah kalian berpaling dengan mengambil pendapat yang lain."

Imam al-Shafi'e pernah berpesan: "Kamu semua hendaklah mendampingi orang-orang yang mempelajari hadis. Sesungguhnya mereka ialah orang yang paling tepat amalannya dalam kalangan manusia".

Meskipun terkenal sebagai ulama fiqh dalam mazhab al-Shafi'e, keahlian Imam al-Syafi'e dalam ilmu hadis turut terserlah apabila beliau turut meletakkan syarat hadis sahih dan memberikan penjelasan mengenai kesahihan sebuah hadis
.
Menurutnya, sebuah hadis dinilai sahih apabila perawinya taat melaksanakan ajaran agama, jujur dalam menyampaikan berita, tidak mengubah susunan kronologi periwayat sanad hadis, memahami erti dan maksud yang terkandung dalam hadis yang diriwayatkannya.

Perlu juga diketahui perubahan lafaz sekiranya terjadi, menghafal redaksi hadis yang diriwayatkan, dabit dari segi ingatan dan tulisan, lafaz dan makna tepat seperti sewaktu menerima dari gurunya dan sekiranya hadis diriwayatkan oleh perawi yang lain maka lafaznya tidak berbeza.

Kriteria kesahihan sanad hadis yang dikemukakan oleh -Imam al-Shafi'e turut menjadi kriteria Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Mereka tidak secara maknawi menetapkan syarat-syarat tersebut tetapi ia dirumuskan oleh para ulama sesudah mereka melalui penelitian terhadap kitab-kitab mereka.

Para ulama mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam kerana ilmu. Bukannya kerana kedudukan, atau latar belakang keturunan mereka. Ketekunan dan usaha gigih yang disumbangkan oleh tokoh-tokoh di atas meletakkan diri mereka antaranya sebagai perawi dan ulama hadis terulung.


Imam al-Bukhari

Nama beliau ialah Muhammad ibn Ismail ibn al-Mughirah ibn Bardizbah al-Bukhari al-Ju'fi. Beliau memeluk Islam melalui al-Yaman al-Ju'fi dan digelar sebagai al-Imam al-hafiz dan lebih dikenali dengan panggilan al-Bukhari. Beliau lahir di Bukhara pada bulan Syawal tahun 194H.
Imam al-Bukhari mempunyai karya besar dan agung dalam bidang hadis iaitu kitab beliau yang diberi nama al-Jami' atau disebut juga al-Sahih atau Sahih al-Bukhari.


Ketinggian nilai kitab ini terserlah apabila beliau sangat teliti ketika memuatkan hadis-hadis sahih di dalamnya. Para ulama menetapkan bahawa kitab karangan beliau merupakan kitab yang paling sahih setelah kitab suci al-Quran.

Kedudukan Sahih al-Bukhari diakui oleh semua ulama sebagaimana kata Ibn Taimiyyah, "Tidak ada kitab di bawah naungan langit ini kitab yang paling sahih setelah al-Quran, kecuali Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim."

Ketakwaan dan kesolehan Imam al-Bukhari merupakan sisi lain yang tidak wajar dilupakan. Berikut diketengahkan pernyataan para ulama tentang ketakwaan dan kesolehan beliau agar dapat dijadikan teladan.

Abu Bakr ibn Munir berkata: "Aku mendengar Abu Abdillah al-Bukhari berkata, "Aku berharap bahawa ketika aku berjumpa Allah, aku tidak dihisab dalam keadaan menanggung dosa ghibah (mengumpat)."

Abdullah ibn Sa'id bin Ja'far berkata: "Aku mendengar para ulama di Basrah mengatakan, "Kami tidak pernah menjumpai di dunia ini orang seperti Muhammad ibn Ismail dalam hal makrifat (keilmuan) dan kesolehan."

Imam al-Bukhari wafat pada 30 Ramadan tahun 256H ketika beliau mencapai usia 62 tahun. Jenazah beliau dimakamkan di Khartank, nama sebuah kampung di kota Samarkand.

Seiring tokoh-tokoh ahli hadis lelaki di atas, jika ditelusuri khazanah sejarah peradaban Islam ketika ilmu-ilmu hadis disampaikan secara sistematik, penglibatan dan sumbangan perawi wanita nyata diperakui sehingga tidak ada lagi dakwaan yang mengatakan bahawa wanita diabaikan dan penglibatan mereka hanya sebagai suatu hal yang sia-sia
.


Aisyah Binti Abu Bakr Al-Siddiq

Ummu al-Mukminin Aishah binti Abi Bakr ibn Quhafah r.a merupakan nama yang paling penting dalam periwayatan hadis Rasulullah SAW.

Sahabiyyah ini merupakan seorang perawi hadis dan keunggulannya dalam penyebaran hadis diakui oleh para sahabat Rasulullah SAW. Ribuan hadis diterima secara langsung oleh Aisyah r.a dari Nabi SAW.

Kewibawaan Aisyah sebagai tokoh hadis dan periwayat hadis terserlah apabila isteri kesayangan baginda ini meriwayatkan hadis daripada baginda dan kebanyakannya berkaitan tentang kehidupannya bersama baginda SAW. (2,210 hadis dikeluarkan oleh para imam al-Kutb al-Sittah, 5,965 hadis dikeluarkan oleh para imam al-Kutb al-tis'ah, 316 hadis riwayatnya termuat dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim dan hadis yang diriwayatkan Aisyah r.a secara bersendirian dari Rasulullah SAW sebanyak 138 hadis).

Aisyah r.a sentiasa bersikap kritis dalam mencari dan mempertahankan kebenaran pada saat wahyu atau sabda baginda disampaikan. Sebagai contoh, dalam kitab Fath al-Bari, Ibn Hajar mengupas kritikan (naqd al-hadith) Aishah terhadap Abu Hurairah mengenai kisah dua orang lelaki dari Bani 'Amir telah datang menemui Aishah dan mengatakan bahawa Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud ketidakberuntungan itu dalam tiga perkara iaitu kuda, perempuan dan rumah.

Aishah mendengar lalu menjernihkan situasi dan pemahaman hadis lantas berkata, "....apa yang telah Abu Hurairah katakan hanyalah merupakan amalan masyarakat jahiliah yang suka melakukan amalan bertenung nasib dari tiga hal tersebut".

Ibn Hajar menjelaskan, kritikan Aishah ke atas Abu Hurairah tidak bermaksud mengingkari riwayat Abu Hurairah. Sebaliknya menerangkan bahawa ia merujuk kepada iktikad atau kepercayaan dalam masyarakat jahiliah. (al-Asqalani, Ahmad ibn Ali ibn Hajar, Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, Qawluhu Bab Ma Yuzkaru Min Shu'm al-Faras, jil. 6, hlm. 61)

Justeru, amat wajar dan tidak menjadi suatu yang mustahil sekiranya Aisyah r.a menjadi tempat bertanya sebarang kemusykilan hadis dan mediator hadis kebanyakan para sahabat, para kibar tabien r.a dan umat Islam seluruhnya.

Lestari Hadis Tanda Cinta Rasulullah

Sebagai kesimpulan, keperibadian tokoh-tokoh hadis di atas dilihat saling tidak tumpah seperti visualisasi keperibadian Islam yang dianjurkan oleh baginda SAW.

Keahlian dan keilmuan mereka dalam ilmu hadis merupakan hasil dari pemikiran dan pemahaman yang mendalam merentasi pelbagai disiplin ilmu (naqd al-hadith, al-jarh, ruwat al-hadith, 'ilal al-hadith, fiqh, tafsir, tauhid al-tibb, al-syi'r).

Mereka bukan dari sebuah kejumudan pemikiran dan pemahaman terhadap sesuatu nas yang hanya mendepankan pendapat manusia semata-mata sebagai rujukan dan panduan membelakangkan (mengabaikan) dua sumber utama umat Islam iaitu al-Quran dan al-sunnah.
Melihat senario yang berlaku dalam komuniti Muslim Malaysia masa kini, komitmen masyarakat terhadap pengajian al-Quran dan penubuhan institusi-institusi pengajian al-Quran semakin giat dilakukan.

Senario ini tidak salah dan amat dianjurkan, namun apa yang dibimbangi adalah tahap keseriusan komuniti Muslim memberi perhatian atau komitmen dalam pengajian hadis dan perkembangannya seimbang dan seiring dengan al-Quran dirasakan amat kurang berbanding komitmen mereka terhadap pengajian al-Quran.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Aku telah tinggalkan kepada kamu perkara yang sekiranya kamu tetap berpegang teguh kepadanya maka kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku". (riwayat al-Hakim dalam kitab al-Mustadrak).

Justeru, perlu perhatian serius dan komitmen tinggi badan kerajaan dan swasta agar memperbanyakkan institusi atau pusat kajian hadis bagi melahirkan generasi al-hadis pencinta Rasulullah SAW seumpama Aisyah r.a, Abu Hurairah r.a, al-Imam al-Syafi'e dan al-Imam al-Bukhari.

sumber: Berita Harian, 13 Oktober 2009


Friday, August 14, 2009

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."
(Hadis riwayat oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah)