ASSALAMUALAIKUM Pictures, Images and Photos
Innal7hamda lillah na7hmaduhu w nasta3eenuhu w nastaghfiruh, w na3uudzu billahi min syuroori anfusina w min sayyi2aati a3maalina, man-yahdihillaahu fa laa mudhillalah, w man-yudhlil fa laa haadia lah, asyhadu an-laa ilaaha illallahu wa7dahu laa syareeka lah w asyhadu anna mu7hammadan 3abduhu w rasooluh, amma ba3d.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,Segala puji bagi ALLAH, kami memuji-Nya & kami memohon pertolongan drp-Nya & kami memohon keampunan drp-Nya.

Dan kami berlindung kpd Allah drp keburukan diri kami n dari keburukan perbuatan kami.Sesiapa yg diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya,n siapa yg disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya.Aku bersaksi bahawa tiada ILAH selain ALLAH yg Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya.

Showing posts with label NukilanKu... Show all posts
Showing posts with label NukilanKu... Show all posts

Wednesday, November 11, 2009

.::SAMPAI WAKTU::.

salam'alaiykh..

Tinggal beberapa hari je lagi untuk berakhirnya musim cuti dan seterusnya melangkah ke SEM yang baru..
Sekejap je sudah tinggal beberapa hari lagi untuk melangkah ke dunia GURU..
Erm...GURU...GURU..GURU...

Dulu, masa kecik2 tak suka jadi guru..sebab jadi guru tak dapat pegi jalan2..asyik duduk kat sekolah jer..hehe..
Tapi, bila usia semakin meningkat (tua)..maka tersuratlah bahawa takdirku ke arah GURU..
Semua orang suka jadi guru..sebab guru BEST!..kerja GURU mudah..pergi pagi balik tengah hari..gaji jalan walaupun masa cuti..

Hakikatnya..tugas GURU lah yang paling berat..
Mendidik, mengasuh dan membentuk..
Setiap hari dikerumuni dengan pelbagai karenah anak murid..
Setiap masa memikirkan cara untuk mendidik dan membentuk mereka...
Itulah GURU..
Bukan hanya mencoret idea di papan putih jer..tapi..disebalik itu terselitnya AMANAH yang paling besar untuk dipikul..
Menjadi GURU..bukan hanya mengajar m/pelajaran jer..tapi perlu mengajar apa itu kehidupan..

Tapi title GURU bukan setakat untuk para2 guru yang sudah dapat digree dalam pendidikan..
yang MEMBACA blog ni pun GURU juga..^_^

GURU kepada orang2 disekeliling..GURU kepada adik2, GURU kepada anak2 dan yang lebih penting..GURU kepada diri sendiri..

maka..

semoga menjadi GURU yang beramanah..

"Berburu ke padang datar,
dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
ibarat bunga kembang tak jadi."

wallahu'alam..

Tuesday, October 20, 2009

KENANGAN IBNU QAYYIM


salam 'alaiykh...

16 Oktober 2009- bermulanya perjalanan musafirku ke Penang(kat Bukit Mertajam
je!)..perjalanan yang agak lama bagi diriku yang jarang jalan jauh2 nie tapi
seronok dan 'adventure'(alhamdulillah).



(suasana dalam kereta api)



17 Oktober 2009- Subuh menyambut kedatangan kami berlapan di Institut Ibnu Qayyim..tempat
yang sangat sederhana dan selamat. Bermulalah tugas kami berlapan
men'ta'aruf' penghuni terawal yang sampai di situ.(majoriti dari USM). Jadi,
setelah sesi ta'aruf berakhir, kami disajikan dengan daurah yang bermula jam
9pagi sampai 11malam(termasuk rehat).

(Institut Ibnul Qayyim)


Daurah...bertemakan "Keilmuan sebelum Berdakwah II"
tajuk yang sangat bermakna..
penjelasan yang diberikan telah membuka mata dan mindaku akan hakikat berdakwah..
bagi diriku yang masih merangkak dalam dunia dakwah ni secara tidak langsung membuang perspektifku yang "berdakwah bila ilmu dah penuh diminda"..
Hakikatnya 'tak'..ternyata silap

SEBAB???

mengajak kepada amar ma'ruf nahi mungkar itu juga salah satu dakwah..
bukankah kita sememangnya diamanahkan oleh Yang Esa untuk ingat-mengingat?
jadi..berdakwah bukan sahaja menyampaikan tetapi juga menegur...
namun..masih yang ada yang beranggapan bahawa "macam mana nak berdakwah kalau pengetahuan cetek?"
ingatkah kita akan sabda Rasulullah s.a.w 'sebarkanlah ilmu walaupun hanya sepatah kata'..(maaf tiada diusulkan dalil)..

maka...

DAKWAH lah..

pada manusia dengan kebenaran yang nyata, andai tidak mampu dakwahlah pada diri sendiri kerana setiap perubahan itu bermula dari satu titik.(diri sendiri)

18 Oktober 2009- daurah tamat anggaran jam 2 ptg. tapi kami berlapan masih di sana.(tiket train kul 9.18mlm). jadi untuk tidak membuang masa kami merancang ke Empangan Tasik Mengkuang..dan kami dihantar oleh Pak Long(ayahanda Ustz. Asri). Terharunya kami..!!


(panorama di Empangan Tasik Mengkuang)


sangat indah..(betul...!)


Setelah itu, kami bersiap untuk mengakhiri perjalanan bermusafir kami..dan dalam anggaran jam 4pagi kami tiba di tapak perhentian Tanjong Malim.(alhamdulillah).



wallahu'alam..

Thursday, October 1, 2009

**~Panggilan ABANG, KAKAK, PAKCIK, MAKCIK Mengelirukan~**

SAYA ingin memberi maklum balas terhadap apa yang telah diutarakan oleh Prof. Emeritus Abdullah Hassan tentang penggunaan istilah ‘abang’ yang disalah guna sekarang ini.
Bukan sahaja ‘abang’ tetapi ‘kakak’ juga sentiasa disalahgunakan kerana jika kita ke mana-mana sama ada pasar, kedai runcit, bank, pejabat pos juga pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta istilah inilah yang digunakan, bagi yang lebih berumur mereka akan menggunakan istilah ‘pak cik’ untuk lelaki dan ‘mak cik’ bagi wanita.
Saya pernah menyuarakan ketidakselesaan saya mengenai istilah-istilah yang digunakan oleh mereka yang berurusan secara rasmi di kaunter kepada suami saya kerana petugas kaunter juga menggunakan istilah tersebut terhadap pelanggan.
Mereka sepatutnya hanya menggunakan istilah ‘Encik’, ‘Cik’, ‘Tuan’ ataupun ‘Puan’ sahaja bagi urusan rasmi. Suami saya bertanya kepada saya apa istilah yang mesti digunakan? Saya menerangkan kepadanya bahawa kita melakukan urusan rasmi dan ia mestilah menggunakan istilah yang rasmi. Bukan sahaja untuk urusan rasmi tetapi untuk urusan tidak rasmi juga istilah yang betul mestilah digunakan.
Mungkin ramai di luar sana menganggap gelaran atau istilah yang mereka gunakan ini tidak penting. Tetapi bagaimana kita dapat memartabatkan bahasa Melayu jika kita tidak mempunyai kesedaran tentang perkara yang sesetengah orang menganggap remeh tetapi ia adalah kesalahan yang mencemarkan bahasa?

(dipetik dari forum Utusan Malaysia Online 2 Oktober 2009)

p/s: Mengapakah hal ini boleh berlaku?..fikirkanlah wahai pejuang Bahasa Melayu..

Saturday, August 29, 2009

~Saya Rasa....~

"bulan ramadhan, bulan yang berkat,
bulan rahmat dan bulan maghfirah,
pahala digandakan, doa diterima,
bulan lailatul qadar yang istimewa..."

macam pernah dengar je lirik ni kan...??
mungkin ada kelencongan lirik sedikit tapi lebih kurang je la...
cuma yang sy nk tekankan di sini, bukanlah betul atau salahnya tatabahasa lirik ni..
tapi..mesej(nasihat) yang terkandung dalam lagu ini...
semakin kita menghayati tiap-tiap bait seni kata irama yang berkaitan ramadhan, pernah tak kita terasa betapa indahnya bulan ini...??(ade x?)
siangnya ditemani kesabaran...dan malamnya dihiasi tahajjud kepada-Nya..
bulan tarbiah buat hati yang parah...
bulan barakah buat hati yang tabah..
tabah dalam memikul amanah..
tabah dalam mencapai maghfirah...

alangkah beruntungnya orang-orang yang memegang bulan ini dengan ibadah...
tidak membiarkan barang sedetik masa itu berlalu tanpa disisipkan dengan mengingati-Nya...

begitulah yang sy rasa setiap kali menjelang ramadhan..
namun, fitrahnya manusia seringkali diperangi nafsu dan seringkali itulah kita tersungkur...
apabila ia ada kita tak mengendahkannya, bila ia berlalu barulah kita memikirkannya..
mungkin kita boleh sama2 bertekad untuk jadikan ramdhan ini..ramadhan yang terbaik dari ramadhan2 sebelumnya...insyaAllah...


*coretan keheningan sahur...