ASSALAMUALAIKUM Pictures, Images and Photos
Innal7hamda lillah na7hmaduhu w nasta3eenuhu w nastaghfiruh, w na3uudzu billahi min syuroori anfusina w min sayyi2aati a3maalina, man-yahdihillaahu fa laa mudhillalah, w man-yudhlil fa laa haadia lah, asyhadu an-laa ilaaha illallahu wa7dahu laa syareeka lah w asyhadu anna mu7hammadan 3abduhu w rasooluh, amma ba3d.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,Segala puji bagi ALLAH, kami memuji-Nya & kami memohon pertolongan drp-Nya & kami memohon keampunan drp-Nya.

Dan kami berlindung kpd Allah drp keburukan diri kami n dari keburukan perbuatan kami.Sesiapa yg diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya,n siapa yg disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya.Aku bersaksi bahawa tiada ILAH selain ALLAH yg Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya.

Thursday, October 1, 2009

**~Panggilan ABANG, KAKAK, PAKCIK, MAKCIK Mengelirukan~**

SAYA ingin memberi maklum balas terhadap apa yang telah diutarakan oleh Prof. Emeritus Abdullah Hassan tentang penggunaan istilah ‘abang’ yang disalah guna sekarang ini.
Bukan sahaja ‘abang’ tetapi ‘kakak’ juga sentiasa disalahgunakan kerana jika kita ke mana-mana sama ada pasar, kedai runcit, bank, pejabat pos juga pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta istilah inilah yang digunakan, bagi yang lebih berumur mereka akan menggunakan istilah ‘pak cik’ untuk lelaki dan ‘mak cik’ bagi wanita.
Saya pernah menyuarakan ketidakselesaan saya mengenai istilah-istilah yang digunakan oleh mereka yang berurusan secara rasmi di kaunter kepada suami saya kerana petugas kaunter juga menggunakan istilah tersebut terhadap pelanggan.
Mereka sepatutnya hanya menggunakan istilah ‘Encik’, ‘Cik’, ‘Tuan’ ataupun ‘Puan’ sahaja bagi urusan rasmi. Suami saya bertanya kepada saya apa istilah yang mesti digunakan? Saya menerangkan kepadanya bahawa kita melakukan urusan rasmi dan ia mestilah menggunakan istilah yang rasmi. Bukan sahaja untuk urusan rasmi tetapi untuk urusan tidak rasmi juga istilah yang betul mestilah digunakan.
Mungkin ramai di luar sana menganggap gelaran atau istilah yang mereka gunakan ini tidak penting. Tetapi bagaimana kita dapat memartabatkan bahasa Melayu jika kita tidak mempunyai kesedaran tentang perkara yang sesetengah orang menganggap remeh tetapi ia adalah kesalahan yang mencemarkan bahasa?

(dipetik dari forum Utusan Malaysia Online 2 Oktober 2009)

p/s: Mengapakah hal ini boleh berlaku?..fikirkanlah wahai pejuang Bahasa Melayu..

No comments:

Post a Comment