JAKARTA 1 Okt. – Angka korban akibat gempa bumi di Sumatera Barat masih belum dapat dipastikan dengan tepat namun dianggarkan kini ia mencecah lebih 770 orang.
Stesen televisyen tempatan TvOne menyatakan jumlah mangsa terkorban 467 orang, manakala jurucakap Jabatan Sosial, Tugiyo Bisri pula memberitahu 464 mangsa terbunuh dan 500 lagi cedera.
Tugiyo dipetik oleh CNN.com Asia hari ini sebagai berkata, kawasan yang paling teruk dilanda gempa ialah Padang dengan 376 orang terbunuh.
Bagaimanapun berdasarkan jumlah bangunan yang runtuh, korban dijangka mencecah ribuan.
Jurucakap Jabatan Kesihatan, Rustam Pakaya berkata, ribuan mangsa dianggarkan terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Korban gempa Padang dijangka melebihi gempa di Yogyakarta yang berlaku pada tahun 2006 yang mengorbankan 6,000 orang dengan gempa hanya berkekuatan 6.3 skala richter.
Gempa yang melanda Sumatera Barat semalam adalah 7.6 skala Richter iaitu lebih kuat daripada gempa di Tasikmalaya pada awal bulan ini yang mengorbankan 123 orang.

(dipetik dari Utusan Malaysia 2 Oktober 2009)
orang ramai beramai-ramai berusaha mengeluarkan mayat dari runtuhan
sesi mengenalpasti mangsa runtuhan
Inilah 'bicara Allah pada manusia'..mengingatkan manusia agar tidak leka dengan dunia..memberitahu bahawa dunia adalah sementara dan tidak kekal lama..
"Telah sampai beberapa peringatan kepada mu (manusia) namun masih kurangnya mereka yang bersyukur.."
No comments:
Post a Comment