“Seandainya aku tidak berterus terang mesti aku tidak susah.”
“Seandainya aku tahu cara itu merugikan pasti aku tak mahu ikut.”
“Seandainya aku tahu dia begitu pasti aku tak anggap dia sebagai kawan.”
Seandainya begitu…seandainya begini…seandainya itu…seandainya ini….
SEANDAINYA
Perkataan ini sering kita dengar dari sesiapa pun..malah perkataan ini menjadi satu yang ‘familiar’ dalam hidup kita sekiranya sesuatu yang dihajati tidak kesempaian…
Namun, dikesempatan ini saya bukanlah mahu menerangkan fungsi kata hubung ini..malahan jauh sekali untuk berketerangan secara lanjut akan perkataan ini…
Pernahkah kita sedar akan penggunaannya dan kesannya pada hati kita..??
يقولون لو كان لنا من الأمر شيء ما قتلنا ههنا قل لو كنتم في بيوتكم لبرز الذين كتب عليهم القتل إلى مضاجعهم وليبتلي الله ما في صدوركم وليمحص ما في قلوبكم والله عليم بذات الصدور
Firman Allah s.w.t : “Mereka (orang-orang munafik) mengatakan : seandainya kita memiliki sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini, niscaya (kita tak akan terkalahkan) dan tidak ada yang terbunuh diantara kita di sini (perang uhud). Katakanlah : ‘Kalaupun kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh. Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji (keimanan) yang ada dalam dadamu, dan membuktikan (niat) yang ada dalam hatimu. Dan Allah Maha Mengetahui isi segala hati.” (QS. Ali Imran, 154).
الذين قالوا لإخوانهم وقعدوا لو أطاعونا ما قتلوا قل فادرءوا عن أنفسكم الموت إن كنتم صادقين
“Orang-orang yang mengatakan kepada saudara-saudaranya dan mereka takut pergi berperang : seandainya mereka mengikuti kita tentulah mereka sudah terbunuh. Katakanlah : Tolaklah kematian itu dari dirimu, jika kamu orang-orang yang benar.” (QS. Ali Imran, 168).
Diriwayatkan dalam shoheh Muslim dari Abu Hurairah Radhiallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :
احرص على ما ينفعك واستعن بالله ولا تعجزن، وإن أصابك شيء فلا تقل : لو أني فعلت لكان كذا وكذا، ولكن قل : قدر الله وما شاء فعل، فإن " لو " تفتح عمل الشيطان
“Bersungguh-sungguhlah dalam mencari apa yang bermanfaat bagimu, dan mohonlah pertolongan kepada Allah (dalam segala urusanmu), dan janganlah sekali-kali kamu bersikap lemah, dan jika kamu tertimpa suatu kegagalan, maka janganlah kamu mengatakan : "seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini atau begitu’", tetapi katakanlah : "ini telah ditentukan oleh Allah, dan Allah akan melakukan apa yang Ia kehendaki", karena kata “seandainya” itu akan membuka pintu perbuatan syetan.”
Teliti penerangan dari Kalamullah dan hadith. Apakah kita sedar akan pengunaan ‘Seandainya’ itu yang selama ini kita rasakan hanyalah perkara sepele namun membari kesan maksud sangat dalam pada hati kita..
“Seandainya” bagaikan kata-kata seorang hamba yang lemah dan berputus asa dengan ketentuan dari-Nya, sedangkan Allah s.w.t tidak menggemari hamba-hamba-Nya yang mudah berputus asa…Tambahan pula perkataan ini juga merupakan pintu masuk untuk syaitan meracuni hati-hati kita yang mudah turun dan naik imannya.
Oleh itu, gantikan kata-katamu dengan sesuatu yang lebih bersemangat!
Nyahkan perkataan seandainya dalam kamus ayatmu dan gantinya dengan kata-kata ‘segala yang sesuatu adalah telah ditentukan, pasti ada hikmah yang terselindung’…
“jadikan dirimu golongan yang sedikit itu,
Iaitu golongan hamba yang bersyukur..
Kerana Allah telah menyatakan…
Bahawa sungguh sedikit bagi hamba-hamba-Nya yang bersyukur.”
*ingatlah, setiap perkataanmu akan dipertanggungjawabkan di hari perhitungan*
14 years ago
No comments:
Post a Comment