ASSALAMUALAIKUM Pictures, Images and Photos
Innal7hamda lillah na7hmaduhu w nasta3eenuhu w nastaghfiruh, w na3uudzu billahi min syuroori anfusina w min sayyi2aati a3maalina, man-yahdihillaahu fa laa mudhillalah, w man-yudhlil fa laa haadia lah, asyhadu an-laa ilaaha illallahu wa7dahu laa syareeka lah w asyhadu anna mu7hammadan 3abduhu w rasooluh, amma ba3d.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,Segala puji bagi ALLAH, kami memuji-Nya & kami memohon pertolongan drp-Nya & kami memohon keampunan drp-Nya.

Dan kami berlindung kpd Allah drp keburukan diri kami n dari keburukan perbuatan kami.Sesiapa yg diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya,n siapa yg disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya.Aku bersaksi bahawa tiada ILAH selain ALLAH yg Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya.

Wednesday, August 18, 2010

~Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan~

Seronoknya hati tak terkira..
bile ramadhan menjelma...
(walaupun hari ni dah ramadhan yang ke 8)
Nak tau kenapa????
???
sebab....
........
di bulan ramadhan je kite dpt 'solat terawih ' ramai2
di bulan ramadhan je kita dpt jumpe malam yang paling barakah
malam ape tu???
malam lailatul qadar....
lagi!!
di bulan ramadhan je Allah bukakan pintu SYURGA dan menutup 'pintu neraka'
ruginya kalau kita tak merebut lagi pada tahun nie...
dan lagi....
pada bulan ramadhanlah terasa hati betul2 bersemangat utk bermujahadah
(mungkin orang lain tak..tap saye 'ye')
jadi....
bulan ini sangat bermakna..
maka, jom berdoa..
"ya Allah, aku memohon daripada-Mu keredhaan-Mu dan syurga,
dan aku memohon perlindungan-Mu daripada kemurkaan-Mu
dan dari azab api neraka"
ameen...
(riwayat at-Tarmizi no.3513, Ibn Majah no.3850, Sahih at-tarmizi no.2789)
moga ramadhan kali ni lebih baik dari ramadhan sebelumnya
insya Allah
........
.....
....
...
..
.
(^_^)

Tuesday, July 20, 2010

Testing!!Testing!!


Rindu nak menaip mengisi ruang blog yang dah lama cuti nie...

walaupun kekeringan idea tapi masih lagi nak menaip...(penyakit apakah ini???)



Testing!!Testing!!



suka2 untuk menaip...



Tapi bila sebut saja pasal 'testing', adakalanya terpikir..hakikatnya setiap saat dalam kehidupan ni bukan lagi 'testing' (dalam bahasa Melayunya 'percubaan') tapi rintangan sebenar yang perlu ditempuh kerana setiap saat yang berlalu takkan dapat kembali lagi






...betul tak??


errrmmmm....







Saturday, March 13, 2010

.::mengapa berDOA??::.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentangKu, sesungguhnya AKU dekat. AKU menyahut doa orang yang berdoa, tatkala dia berdoa kepadaKu, justeru sahutlah seruanKu"(al-Baqarah,186).


"Berdoalah kepadaKu, nescaya AKU menerima doa kamu"(al-Ghafir,60)


"Dan pohonlah kepada Allah sebahagian kurniaanNya. Sesungguhnya Allah dengan segala sesuatu Maha Mengetahui"(al-Nisa',32)


Kehidupan itu ujian..

Dalam mencari makna kehidupan, tidak mungkin tidak kita akan bertemu dengan cubaan, dugaan, kesusahan, keperitan, kekecewaan dan kebahagiaan. Kepada siapakah harus kita mohon tika cubaan itu datang menerpa??
Pastinya pada Allah s.w.t..
Kenapa aku berdoa?
Kerana aku ada Allah..
Tempat aku mengadu, tempat aku meminta, tempat aku bercerita..
Berdoalah teman..
Berdoalah kawan..
Berdoalah...
Pasti doamu didengariNya..

Monday, February 22, 2010

.::Orang Baru::.




saLam Alaikh..
"Penciptaan manusia yang bermula dari seketul daging, membaluti tulang berulang, disempurnakan penciptaan, ditiupkan roh, ditentukan rezekinya jodohnya ajalnya dan...seterusnya lahirlah ia sebagai manusia yang memikul amanah"

Sungguh unik manusia itu, dapat hidup dalam rahim yang sempit, berlapis-lapis..subhanAllah..sungguh hebat ciptaan Allah..hal ini mengetuk hatiku untuk memikirkannya memandangkan hadirnya orang2 baru dalam keluarga kecilku..mujahid kecil yang insyaAllah akan berjuang menegakkan kalimah Allah...
Tahun ini, bonda dapat rezeki berganda-ganda kerana beroleh dua orang cucu, walaupun tidak sekaligus tapi berurutan..alhamdulillah..



siti humaira bt ariffin(abang long)..lahir pada november 2009



mohd nazhan bin mokhtar(abg ngah)..lahir pada 12 feb 2010

comel sangat..anak-anak buahku ini..moga Allah sentiasa menjaga hati2nya dari tipu daya dunia..amin..

Wednesday, December 30, 2009

.::UKHTIKU::.

iNDAHNYA SeORANG WANiTA BUKaN DIMaTA LeLAKi TETAPi DIMATa ALLAH

Saturday, December 26, 2009

.::2009-2010::.


Salam’alaiykh..
APAKAH AZAM ANDA TAHUN INI???
Berlalunya tahun 2009 dan kini kita berhijrah ke tahun 2010. Zaman semakin laju meluncuri masa dan kita juga tidak mahu ditinggalkan masa. Namun, dalam sibuk merancang masa pernahkah kita memandang kebelakang seketika? Menerobong kembali masa silam yang telah kita tinggalkan, apakah buah tangan yang kita terima dari masa silam?atau kita hanya memiliki kenangan yang mampu kita kesali..
MUHASABAH!
Kenang kembali masa yang kita tinggalkan sebelum kita membina impian baharu, moga impian itu tidak membentuk kita menjadi orang yang rugi, kerana “sungguh beruntung orang yang hari ini lebih baik semalamnya”..

.::SEANDAINYA::.

“Seandainya aku tidak berterus terang mesti aku tidak susah.”
“Seandainya aku tahu cara itu merugikan pasti aku tak mahu ikut.”
“Seandainya aku tahu dia begitu pasti aku tak anggap dia sebagai kawan.”
Seandainya begitu…seandainya begini…seandainya itu…seandainya ini….


SEANDAINYA

Perkataan ini sering kita dengar dari sesiapa pun..malah perkataan ini menjadi satu yang ‘familiar’ dalam hidup kita sekiranya sesuatu yang dihajati tidak kesempaian…
Namun, dikesempatan ini saya bukanlah mahu menerangkan fungsi kata hubung ini..malahan jauh sekali untuk berketerangan secara lanjut akan perkataan ini…
Pernahkah kita sedar akan penggunaannya dan kesannya pada hati kita..??


يقولون لو كان لنا من الأمر شيء ما قتلنا ههنا قل لو كنتم في بيوتكم لبرز الذين كتب عليهم القتل إلى مضاجعهم وليبتلي الله ما في صدوركم وليمحص ما في قلوبكم والله عليم بذات الصدور
Firman Allah s.w.t : “Mereka (orang-orang munafik) mengatakan : seandainya kita memiliki sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini, niscaya (kita tak akan terkalahkan) dan tidak ada yang terbunuh diantara kita di sini (perang uhud). Katakanlah : ‘Kalaupun kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh. Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji (keimanan) yang ada dalam dadamu, dan membuktikan (niat) yang ada dalam hatimu. Dan Allah Maha Mengetahui isi segala hati.” (QS. Ali Imran, 154).

الذين قالوا لإخوانهم وقعدوا لو أطاعونا ما قتلوا قل فادرءوا عن أنفسكم الموت إن كنتم صادقين
“Orang-orang yang mengatakan kepada saudara-saudaranya dan mereka takut pergi berperang : seandainya mereka mengikuti kita tentulah mereka sudah terbunuh. Katakanlah : Tolaklah kematian itu dari dirimu, jika kamu orang-orang yang benar.” (QS. Ali Imran, 168).

Diriwayatkan dalam shoheh Muslim dari Abu Hurairah Radhiallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :
احرص على ما ينفعك واستعن بالله ولا تعجزن، وإن أصابك شيء فلا تقل : لو أني فعلت لكان كذا وكذا، ولكن قل : قدر الله وما شاء فعل، فإن " لو " تفتح عمل الشيطان
“Bersungguh-sungguhlah dalam mencari apa yang bermanfaat bagimu, dan mohonlah pertolongan kepada Allah (dalam segala urusanmu), dan janganlah sekali-kali kamu bersikap lemah, dan jika kamu tertimpa suatu kegagalan, maka janganlah kamu mengatakan : "seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini atau begitu’", tetapi katakanlah : "ini telah ditentukan oleh Allah, dan Allah akan melakukan apa yang Ia kehendaki", karena kata “seandainya” itu akan membuka pintu perbuatan syetan.”

Teliti penerangan dari Kalamullah dan hadith. Apakah kita sedar akan pengunaan ‘Seandainya’ itu yang selama ini kita rasakan hanyalah perkara sepele namun membari kesan maksud sangat dalam pada hati kita..
“Seandainya” bagaikan kata-kata seorang hamba yang lemah dan berputus asa dengan ketentuan dari-Nya, sedangkan Allah s.w.t tidak menggemari hamba-hamba-Nya yang mudah berputus asa…Tambahan pula perkataan ini juga merupakan pintu masuk untuk syaitan meracuni hati-hati kita yang mudah turun dan naik imannya.
Oleh itu, gantikan kata-katamu dengan sesuatu yang lebih bersemangat!
Nyahkan perkataan seandainya dalam kamus ayatmu dan gantinya dengan kata-kata ‘segala yang sesuatu adalah telah ditentukan, pasti ada hikmah yang terselindung’…
“jadikan dirimu golongan yang sedikit itu,
Iaitu golongan hamba yang bersyukur..
Kerana Allah telah menyatakan…
Bahawa sungguh sedikit bagi hamba-hamba-Nya yang bersyukur.”
*ingatlah, setiap perkataanmu akan dipertanggungjawabkan di hari perhitungan*