salam 'alaiykh...
16 Oktober 2009- bermulanya perjalanan musafirku ke Penang(kat Bukit Mertajam
je!)..perjalanan yang agak lama bagi diriku yang jarang jalan jauh2 nie tapi
seronok dan 'adventure'(alhamdulillah).
(suasana dalam kereta api)
17 Oktober 2009- Subuh menyambut kedatangan kami berlapan di Institut Ibnu Qayyim..tempat
yang sangat sederhana dan selamat. Bermulalah tugas kami berlapan
men'ta'aruf' penghuni terawal yang sampai di situ.(majoriti dari USM). Jadi,
setelah sesi ta'aruf berakhir, kami disajikan dengan daurah yang bermula jam
9pagi sampai 11malam(termasuk rehat).
(Institut Ibnul Qayyim)
Daurah...bertemakan "Keilmuan sebelum Berdakwah II"
tajuk yang sangat bermakna..
penjelasan yang diberikan telah membuka mata dan mindaku akan hakikat berdakwah..
bagi diriku yang masih merangkak dalam dunia dakwah ni secara tidak langsung membuang perspektifku yang "berdakwah bila ilmu dah penuh diminda"..
Hakikatnya 'tak'..ternyata silap
SEBAB???
mengajak kepada amar ma'ruf nahi mungkar itu juga salah satu dakwah..
bukankah kita sememangnya diamanahkan oleh Yang Esa untuk ingat-mengingat?
jadi..berdakwah bukan sahaja menyampaikan tetapi juga menegur...
namun..masih yang ada yang beranggapan bahawa "macam mana nak berdakwah kalau pengetahuan cetek?"
ingatkah kita akan sabda Rasulullah s.a.w 'sebarkanlah ilmu walaupun hanya sepatah kata'..(maaf tiada diusulkan dalil)..
maka...
DAKWAH lah..
pada manusia dengan kebenaran yang nyata, andai tidak mampu dakwahlah pada diri sendiri kerana setiap perubahan itu bermula dari satu titik.(diri sendiri)
18 Oktober 2009- daurah tamat anggaran jam 2 ptg. tapi kami berlapan masih di sana.(tiket train kul 9.18mlm). jadi untuk tidak membuang masa kami merancang ke Empangan Tasik Mengkuang..dan kami dihantar oleh Pak Long(ayahanda Ustz. Asri). Terharunya kami..!!
(panorama di Empangan Tasik Mengkuang)
sangat indah..(betul...!)
Setelah itu, kami bersiap untuk mengakhiri perjalanan bermusafir kami..dan dalam anggaran jam 4pagi kami tiba di tapak perhentian Tanjong Malim.(alhamdulillah).
wallahu'alam..